Wednesday 20 November 2013

Menurut Ibnu Qayyim, Terdapat 10 Jenis Tangis



Menurut Ibnu Qayyim, terdapat sepuluh jenis tangis iaitu :
  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana terikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
“…dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (an-Najm: 43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.
Tangis tercela atau terpuji ? 
Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa lalu atau tangis kerana takutkan azab Allah.
Tangisan memadamkan api Neraka
“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. yang menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana takut terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air mata itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu lagi kuat dia menangis.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”
Air mata yang tidak dituntut

  • Jangan menangis jika  tidak tercapai cita-cita.  
  • Jangan menangis ketika menonton filem yang cuma lakonan. 
  • Jangan menangis kerana cinta tidak berbalas kerana mungkin dia bukan jodoh kita. 
  • Jangan menangis jika gagal mendapat  pekerjaan mungkin kerana kita kurang membuat persediaan. 
  •  Jangan menangis jika wang kita hilang di jalanan mungkin kerana kita kurang bersedekah dan beramal. 
  • Jangan menangis jika tidak dinaikkan pangkat kerana yakinlah rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu simpanlah air mata sebagai bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan semoga ia dapat melebur dosa-dosa kita.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Ada dua jenis mata yang tak tersentuh api neraka iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
Berkata Salman Al Farisi r.a, “Aku menangis kerana tiga perkara :
1. Berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat. 
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya. 
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah s.a.w bersabda : “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara :
1. Apabila dahinya berpeluh. 
2. Airmatanya berlinang. 
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus. 
Perkara tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah empat hal dengan empat perkara : 
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Tuhanmu, dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Yang Memiliki mu.”


Menangis itu penting, agar terbentuk keseimbangan dalam perbentukan jiwa yang cemerlang. Tetapi memahami tujuan menangis itu jauh lebih penting kerana dengannya jiwa akan mencapai kesedaran yg tinggi & proporsional. Melaluinya ia akan mengetahui kelebihan menangis seperti ia tahu kelebihan ketawa. Ia seakan-akan seorang kaya yang mengetahui laluannya memperolehi harta, kerana setiap proses itu menambah lagi keuntungan yg diusahakan~(ustaz zahazan mohamed)
-WASSALAM-

Wallahu’alam






Tuesday 15 October 2013

PREPARATION FOR PSPM 1 . WISH ME LUCK









Hi ! Apa khabar semua? Sihat? Tak? Yang sihat, alhamdulillah. Yang tak tu, pi jumpa doctor cepat. Tak pun, pi berehat ya. Takmo online hadap laptop ke phone ke apa-apa jela lama-lama. Hehe..

Okay, now straight to our main point here. *ceh, takde kena mengenanya pun
Cer baca balik tajuk entry pada hari ni. Dah baca dah, takpe baca lagi skali.. Okay, dah kan. Cukup. xD
Perghhh,,, title tu nak gempak ajer kan. Haha. *mohon jangan bash :P

Sebenarnya, mesti ada yg tertanya tanya kan, apa kebenda nya lah PSPM tu kan. Betul tak? Apa , dah tahu? K, senyap-senyap sudah. Kalau nak tahu, yg PSPM tu maksudnya Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Paham dop? Alhamdulillah kalau faham ya :) Eh , Matrikulasi ? Yupe ! Matrikulasi la awak. Kita study kat matrikulasi. *saja je nak bagi tahu* -.-

Next, exam nak dekat dah. So, apa preparation Ezza untuk hadapi exam yg tak lama lagi ni ? Hhhmmm, macam takde je. Tapi, yg pasti study itu semestinya lah kan. Ni pun baru study sikit. Tak tahu la brape jumlah sikitnya tu. heee Eh, sekurang-kurangnya ada la jugak bukak buku taw. Bukan bawak balik rumah, tapi tak study langsung. Btw, minggu depan, 22/10/2013 = Tuesday = 7.30 a.m. Ada apa agaknya ya dengan tarikh tu ? Kalau awak , awak , awak , awak , awak , awak , awak , awak sekalian nak tahu, time tu Ezza ada speaking test for MUET :o wuuuuu~ takutnya. Serious tak tipu. Ezza takut sebab takut nanti nak berspeaking tu, habis berterabur semuanya dan lagi satu Ezza bukannya satu group dengan satu class Ezza, tapi dengan kelas lain puncanya sebab dalam kelas nama Ezza yg first so lain2 dapat la satu group dengan kawan sendiri. T_T Tapi, its okay la kan. Sekurangnya Ezza kenal orang tu. Kalau dah tiap-taip hari jumpa time lecture, diaorang duduk depan baris kelas Ezza, so apela sangat kan. Dapat kelas yg tak dikenali lagi susah sebab tak kenal. InsyaAllah, Ezza boleh buat yg terbaik. Aamiin. Doakan Ezza taw :)) 
Selesai sudah pasal speaking tu, malas nak citer lebih2. hehe



So, bila start exam yg sebenar?
Itu dah start la awak. Heee.. Tapi hari jumaat dalam minggu tu jugak start. Hari Jumaat tu, exam MATH dengan BI. Then, akan habis pada hari Jumaat minggu depannya and time tu exam Science Computer. Nak lebih lengkap, tengok kat bawah ni ;



*gambar ni dapat dekat group*

Dah jelas kan semuanya. Jadi, mulai sekarang ni dah kena mula bukak buku walaupun sepatutnya dari awal lagi. Tapi walaupun tinggal kurang dari 2 minggu, takpe, masih ada masa lagi untuk belajar. Jangan esok nak exam baru bukak buku. No no no no. Kesian kat otak tu nanti, semuanya kena sumbat dalam satu masa. *pesanan untuk diri sendiri jugak. 
Jadi, di sini Ezza ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf andai Ezza ada terkasar bahasa, tersilap bicara, ter ter ter sengaja atau tidak, mohon ampun dan maaf sesangat taw taw. Mungkin kalau ada silap tu Ezza tak sedar ke. Maaf skali lagi ya. Apapun, wish me luck for PSPM 1 ni. Setiap doa anda itu amat Ezza hargai :') InsyaAllah 4 flat ! Allahuma Aamiin :') dan tak lupa jugak kepada student yg lain yg ada exam jugak. Good Luck semua :D




-WASSALAM-





Monday 14 October 2013

SALAM AIDILADHA =)








Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


-WASSALAM-






Sunday 13 October 2013

Random Quotes On Sunday
























Thursday 25 July 2013

APA KHABAR ?

Lama sudah kita tidak berjumpa. Akhirnya kite bertemu jua ya wahai blogger2 sekalian. Haha

Tak tahu nak update apa.

Tak tahu nak story mory pasal apa.

Esokkan ada.

Esok jela update blog ni.

Eh, bukan dah update ke ni.

LOL

Later la kalau ada free time baru update new story ke.

Ni baru balik.

PENAT.

SEKIAN....




Thursday 16 May 2013

Terima Kasih "Guru / Cikgu"

Seperti yang kita sedia maklum, harini ialah 16 May bersamaan dengan Hari Guru kan kan kan. Ehem ! Tak pergi skola ek ? Haha Mentang-mentanglah harini tak belajar, nak ponteng. Macam adik2 Ezza kecuali yang skola rendah. Ezza? Eh, Ezza dah habis skola dah pun ;)


Jadi di kesempatan ini Ezza ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar sebagai guru :D even biasanya kita panggil Cikgu. Tak kesah la mana-mana pun ya >_<

Pertama sekali Ezza nak ucapkan juga Selamat Hari Guru ni kepada dua orang insan yang memang Ezza rapat dan sayang yang amat. Mereka lah yang telah bersusah payah mendidik Ezza.
Ajar makan dan minum, Ajar pakai pakaian. Ajar mana perkara yang baik dan buruk. Serta ajar macam-macam lagi kerana sudah tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anaknya agar menjadi insan yang berguna kelak.
Itulah Mak dan Ayah Ezza kerana telah menjadi 'guru' pertama dalam hidup Ezza sejak Ezza lahir. Tanpa mereka, mungkin Ezza 'tak kenal dunia'. Jasa dan pengorbanan mereka akanku kenang sampai bila-bila hingga ke akhir hayat.

Semoga Mak dan Ayah Ezza sentiasa hidup dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat. May Allah bless both of you   

Tapi, tak lupa jugak untuk guru2 yang telah mengajar Ezza dari :

Tadika : Tadika Akal Pandan Indah, Kuala Lumpur

Sekolah rendah : Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Shah Alam
: Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang

Sekolah menengah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Bukan itu saja. Terima kasih jugak diucapkan kepada ustazah (tak ingat nama) masa Ezza 6 tahun dekat KL yg mengajar Ezza mengaji. Seterusnya, dekat Shah Alam yang mengajar Ezza di Kafa Integrasi (tak ingat) iaitu sekolah agama dekat surau Taman Sri Lembayung yg mengajar Ezza walaupun sekejap je. Dan ustaz serta ustazah yg mengajar mengaji di blok (entah tak ingat, tapi rumahnya dekat tingkat 1) dan ustazah dekat blok 4 tingkat 5 dan ustazah dekat blok 1 yg Ezza panggil dia Mak Long, padahal kena panggil nenek xD 
Apela Ezza ni banyak yg lupa -.- Tapi takpe, sekurang-kurangnya Ezza ingat rupa diaorang

Itu saja lah kot. Nak cerita lagi, takut nanti jadi karangan yang 6 muka surat macam Ezza tulis time sekolah menengah dulu x) haha

Apapun, terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada semuanya. Don't give up on teaching !

Lastly, lagu ni ditujukan buat semua yang menjadi seorang PENDIDIK. Bukan untuk cikgu di sekolah saja ya.

 |  |  |  |  |  







Tuesday 14 May 2013

Dosa Yang Lebih Besar Daripada Zina





Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
.
.
.
.
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. 
♥sharing is caring 


via : ✿~ Islam Itu Beautiful ~✿

-WASSALAM-






Saturday 11 May 2013

BLOG UNDER CONSTRUCTION







Friday 10 May 2013

Perjanjian Kita Dengan Allah


Suatu ketika dahulu, lama dahulu, lama sebelum kita dilahirkan di muka bumi yang fana' ini lagi, lama sewaktu kita masih di alam roh lagi, kita pernah membuat penyaksian dan perjanjian di hadapan Allah al-Khaliq (Maha Pencipta)... Masih ingatkah lagi kita akan penyaksian tersebut ?


Firman Allah s.w.t : 
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhanmu ? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami mejadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelad: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid ini) ini"(al - A'raf 7:172)

Allah menceritakan yang mana sewaktu kita di alam roh dahulu, sebelum kita diberikan jasad, kita berjanji dan bersaksi pada Allah yang Allah adalah tuhan kita dan kita tidak akan menyembah selain dariNya...
Hakikatnya inilah perjanjian kita dengan Allah sebelum kita dilahirkan di dunia ini.
Tentu sahaja ramai yang tertanya-tanya mengapa kita tidak ingat akan perjanjian ini bukan ? Jawapannya mudah... masihkah kita ingat apa yang kita tuturkan, apa yang kita lakukan seawal kita lahir hingga berusia 3,4 tahun ? Semestinya tidak ingat...

Kerana itu jugalah Allah menurunkan al-Quran sebagai peringatan sepanjang zaman buat kita...
"Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam"(at-Takwir 81:27) 

Lihatlah kita hari ini, betapa ramai orang yang kufur akan rahmat-rahmat Allah, betapa ramai yang tidak menyembah Allah sebagai Tuhan yang Esa. Dan sekiranya kita Islam sekalipun betapa ramai yang lalai dengan dengan dunia yang penuh dengan permainan dan gurauan, betapa ramai yang lalai mengejar harta, pangkat, kerjaya, kebanggaan sehingga terlupa akan kampung akhirat adalah kampung yang abadi ! Seolah-olah kita lupa akan janji-janji kita pada Allah sewaktu di alam roh dahulu...


"Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali bersikap demikian ! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati) !"(at-Takathur 102:1-3)
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari permainan dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, maka tidakkah kamu memahaminya ?"(al-An'am 6:32)


Capailah al-Quran, hayatilah al-Quran, amalkanlah al-Quran, dan suburkanlah kembali penyaksian ini dalam hidup kita ! Usah biarkan ia terus layu tidak dianggap bersama umur kita yang kian dimamah ini... 

PERJANJIAN KITA DENGAN ALLAH.
Wahai sekqlian umat Muhammad s.a.w. ketahuilah oleh mu bahaya dari Alam Roh lagi kita semua telah mengikat janji setia dengan Allah di mana kita telah berjanji tidak akan lalai, tidak akan syirik kepada Allah dan kita telah membuat pengakuan tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah.

Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 172, 173 & 174.
Yang bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).
Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minuun ayat 155.
Yang bermaksud: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 30.
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Allah berfirman dalam surah Ar-Ruum ayat 30.
Yang bermaksud: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Hadis Rasulullah s.a.w. : Tiap-tiap yang lahir dimuka bumi semuanya lahir bersih (Fitrah). Maka peranan ibubapa sajalah yang memnentukan untuk membentuknya.


PERJANJIAN PARA RASUL-RASUL ALLAH :
Allah berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat 7.
Yang bermaksud: (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka).
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya : Marwan berkata kepada penjaga pintunya: Wahai Rafi'! Pergilah kepada Ibnu Abbas dan katakanlah: Sekiranya setiap orang di antara kita disiksa kerana bergembira terhadap apa yang diperolehi dan suka dipuji terhadap apa yang tidak dilakukan, nescaya kita semua turut akan disiksa

Ibnu Abbas berkata: Kenapakah kamu ni? Ayat ini diturunkan kepada Ahli Kitab. 

Kemudian Ibnu Abbas membaca ayat yang bermaksud : Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan kitab iaitu: Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya, ini satu ayat. 

Kemudian Ibnu Abbas membaca ayat Yang bermaksud: Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, terselamat dari siksa. 

Seterusnya Ibnu Abbas berkata : Nabi s.a.w bertanya kepada mereka, tetapi mereka menyembunyikannya malah memberikan jawapan lain. Kemudian mereka keluar dengan perasaan telah memberitahu apa yang ditanyakan kepada mereka. Mereka berharap mendapat pujian terhadap jawapan tersebut serta bergembira dengan tipu helah mereka


KATA-KATA KAUM MUSRIKIN KEPADA NABI MUSA :

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 55.
Yang bermaksud : Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
INGATLAH WAHAI MANUSIA :
Allah berfirman dalam surah Al-Insyiqaaq ayat 6.
Yang bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
Rasulullah s.a.w bersabda: Umur umatku hanyalah 60 hingga 70 tahun.

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Anak Adam menjadi semakin tua, tetapi ada dua perkara daripadanya yang akan menjadikannya semakin muda iaitu: Tamak kepada harta dan tamak kepada umur.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya.

Umar Ibnul Khattab r.a berkata: Metelamat kami tidak boleh nampak dengan mata kasar. Tetapi boleh kita rasa dan boleh kita lihat dengan hati (ilmu). Ilmu itu cahaya, chaya yang di suluh oleh Allah dan bukan ilmu yang banyak riwayat.

Allah berfirman dalam surah Asy-Syura ayat 13.
Yang bermaksud: Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat iaitu: mendirikan sembahyang serta mengeluar zakat. Sesiapa yang melakukannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali dibenarkan oleh syariat Islam dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya

SYARIAT : Satu peraturan, satu cara khas dari tuan Agama sendiri (Allah s.w.t.)

  • Apa-apa saja yang di reka-reka menyalahi Al-Qur'an atau surah atau menyalahi ijmak ulamak, maka itu adalah bidaah sesat. (suka menyalahi surah).
  • Apa saja yang di reka dengan rekaan baik dan rekaan itu tidak menyalahi sesuatu pun. Maka mereka itu adalah reka yang terpuji (mahmud).
  • Barang siapa yang mereka-reka sesuatu yang bukan Nabi s.a.w. buat, itu adalah bidaah.
Allah berfirman dalam Surah Al-An'aam ayat 48.
Yang bermaksud: Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.
Allah berfirman dalam surah Ah-Ahzaab ayat 7.
Yang bermaksud: (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka).
Allah berfirman dalam surah Ah-Ahzaab ayat 72.
Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
Allah berfirman dalam surah Al-Anbiyaa' ayat 25.
Yang bermaksud: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

* BERINGATLAH WAHAI MANUSIA *



Wallahu'alam

-WASSALAM-









Wednesday 8 May 2013

Jangan baring ketika azan ? Jangan berkata-kata semasa azan ?

‎"Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
"Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut."


Adakah hadis ini hadis sahih/hasan? Meh nak jelaskan.


Tidak ada satu hadis pun yang melarang bercakap ketika azan, tapi hadis mengenai supaya jawab azan tu ada. Perihal bercakap ketika azan, hukumnya harus menurut Imam al-Bukhari rhm sebagaimana yang dinyatakan dalam Sahihnya pada bab ''Berkata-kata ketika (dalam) Azan''. Dan ada pendapat ulama' mengatakan makruh melainkan ada hajat.Dan ada ulama' memberi tafsil (perincian) iaitu makruh berkata-kata ketika iqamah tetapi tidak makruh ketika azan. Tidak rajin dengar pula yang berpendapat haram berbicara ketika azan dilaungkan.
Makanya, moleklah kita lihat akan satu hadith sahih Nabi صلى الله عليه و سلم diriwayatkan Imamain al-Bukhari rhm & Muslim rhm daripada Abu Hurairah r.a iaitu :-

''Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.”
Take note, ini bukannya hadis nabi. Ini adalah hadis maudhu' yakni hadis palsu. Ini hanyalah kata-kata orang tua-tua yang tergolong dalam kategori targheeb dan tarheeb (menggalak dan mencegah), maka direkanya petua dan hadis palsu. Berhati-hatilah bila sebarkan sesuatu, kaji dulu. Sekarang makin banyak tersebar hadis palsu. Semua itu adalah fitnah akhir zaman. Semoga kita terpelihara daripada terpengaruh dengan fitnah ini, insyaAllah.

via - Si Pencari Ilmu


Terlalu ramai yg membuat kenyataan : 
Jangan baring ketika azan sedang berkumandang, nanti bila mati, mayat jadi berat..

Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat: "Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (Marilah sembahyang) Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ (Sembahyanglah di rumah kamu) Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: "Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasulullah) telah mengajarkan perbuatan ini. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu wajib tetapi aku tidak mahu kamu keluar rumah dan kamu berjalan di atas tanah yang licin dan berlumpur." (Hadith Sahih Muslim)
‏حدثنا ‏ ‏مسدد ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏حماد ‏ ‏عن ‏ ‏أيوب ‏ ‏وعبد الحميد ‏ ‏صاحب ‏ ‏الزيادي ‏ ‏وعاصم الأحول ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن الحارث ‏ ‏قال خطبنا ‏ ‏ابن عباس ‏
‏في ‏ ‏يوم ردغ ‏ ‏فلما بلغ المؤذن حي على الصلاة فأمره أن ينادي ‏ ‏الصلاة في ‏ ‏الرحال ‏ ‏فنظر القوم بعضهم إلى بعض فقال فعل هذا من هو خير منه وإنها ‏ ‏عزمة ‏
------------------

Dari Abdullah bin Al-Harith bahawa beliau berkata, "Ibn Abbas berkhutbah di hadapan kami pada hari radghin. Ketika muazzin sampai kepada ucapan حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ , maka beliau memerintahkan dgn berkata, ‏الصلاة في ‏ ‏الرحال (Solatlah di tempat tinggal). Kami semua saling pandang memandang, maka beliau berkata,"Hal ini telah dilakukan oleh org yang lebih baik darinya. Sesungguhnya ia merupakan keharusan." (Hadith Sahih Bukhari)

Keterangan hadith:
Yang dimaksudkan bab berbicara saat azan ‏الكلام في الأذان‏ adalah mengucapkan perkataan selain azan pada saat azan dikumandangkan. Imam Bukhari tidak menegaskan hukum ini kerana hadith ini tidak ada tanda2 suruhan secara tegas. Akan tetapi keterangan yang disebutkan di tempat ini bahawa beliau membolehkan hal tersebut. Al-Hafiz Ibn Munzir telah menukilkan pendapat yg membolehkan secara mutlak dari Urwah R.A, Atha', Al-hassan serta Qatadah R.A dan inilah pendapat imam Ahmad Rh.

Kmdn dinukilkan dari An-Nakha'ie, Ibn Sirin dan Al-Awza'ie bahawa ia adalah makruh. At-tsauri tidak membolehkannya. Adapun Imam Abu Hanifah serta sahabatnya berpendapat meninggalkannya adalah lebih baik. Pendapat ini juga terdapat pada Imam Malik dan As-Syafie. Ishaq bin Rawahaih mengemukakan pendapatnya bahawa berbicara ketika azan adalah makruh kecuali bicara itu ada kaitan dgn solat. Pendapat Ishaq dipilih oleh Ibn Munzir.

Ad-dawudi berpendapat hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang bolehnya berbicara ketika azan tetapi berdasarjan pendapat sblmnya adalah sesuatu yg disyariatkan apabila perbicaraan itu termasuk sbhgn azan (spt mengajak manusiaa mengerjakan solat dsb)

Jadi adalah tidak benar sekiranya orang yg bercakap ketika azan akan dihukum mati berat sebelah kerana sesetengah fuqaha membenarkan manusia bercakap ketika azan.

Wallahua'lam

Rujukan:
1. فتح الباري بشرح صحيح البخاري Ibn Hajar Al-Asqalani Juz 4 Kitab ‏الأذان
2. صحيح مسلم
_________________

Wassalam

Tambahan:

Apa yg anda dengar itu adalah termasuk petua orang2 tua Melayu kita dalam bab targheeb dan tarheeb (menggalak dan mencegah), maka direkanya petua dan semisal hadis palsu.

Contoh yg lain:
a. Janganlah memanjat pokok pisang, nanti buruk kemaluan
b. Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul
c. jangan main waktu maghrib, nanti disembunyikan hantu

Maka " jangan baring ketika azan, nanti mayat berat" adalah termasuk dalam jenis ini. 
Yang benar: mayat memang berat kerana ia menjadi solid mass. Tambahan kalau si fulan tu dan Heavyweight, maka sudah tentulah mayatnya berat. Kalau kita dah mati, apa nak dirisaukan mayat kita berat atau ringan, yg kita kena fikirkan ialah beratnya amal.


Wallahu'alam =)



-WASSALAM-





Thursday 2 May 2013

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit



Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  • Tekanan darah tinggi - 30 hari
  • Gastrik - 10 hari
  • Diabetes - 30 hari
  • Sembelit - 10 hari
  • Kanser - 180 hari
  • Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.






Tuesday 30 April 2013

ARTIKEL....???

TAJUK : "IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAK CIK"


Bila baca tajuk ni mesti ada timbul tanda tanya kan. Macam-macam perasaanlah. Sebenarnya, saya terjumpa satu artikel ni dekat satu website dan saja nak berkongsi. Cerita ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan sesiapa baik yang masih hidup mahupun yg sudah meninggal dunia. =)



-------------------------------------------------------------------------------------------------------Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya


Teruna : Boleh ke?


Gadis : Masuk je lah, saya nak siap




Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.




Teruna : Assalamualaikum.


Bapa G : Waalaikumusalam.




Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.




Gadis : Mari, duduk kat kerusi


Teruna : eh.




Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.




Bapa G : nak jalan kemana hari ni?


Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya


Bapa G : oh..


Teruna : ??



Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.



Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?


Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.


Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.


Teruna : segan cik. Hehe


Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G : boleh takda masalah

Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G : kalau boleh 20 ribu

Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu cik?

Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.




Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.




Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?


Bapa G : itu kenalah Tanya maknya


Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)


Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak


Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu G : kenapa?

Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau   tak?




Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.




Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.


Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.


Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?


Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.


Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). 
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.


Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.


Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.


Bapa G : serius lah sikit.


Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.



Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, 
suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,




Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.




Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis




“andai Allah telah memilih dirimu untukku,aku redha dan akan terus bersama mu,aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”




“petang ni takde mood nak keluar, Sory.




Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.


-WASSALAM-