The Owner




Aku bukan malaikat. Dia pula bukan nabi. Kau bukan Tuhan. Kita semua cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yang tahu niat dan keikhlasanku. Tak perlulah kau nak tahu. 



  • Aku hanya insan biasa.., Sama seperti dirimu jua.., Mempunyai hati dan mempunyai jiwa.., Yang boleh membuatkan diri menjadi gundah gulana..... 
  • Aku hanya insan biasa.., Mencuba untuk membuat jasa.., Walaupun hanya secebis saja.., Biarlah ia menjadi sesuatu yang amat bermakna.....
  • Aku hanya insan biasa.., Yang memerlukan cinta manusia.., Bukan untuk berfoya-foya.., Tetapi sebagai peneman bicara....
  • Aku hanya insan biasa.., Yang tidak luput dari dosa.., Hanya pada-Mu ku abdikan jiwa.., Untuk bekalan diakhirat sana.....



Aku tidaklah semulia Khadijah
Aku tidaklah setaqwa Aisyah
Aku tidaklah setabah Fatimah
Bukan pula sekaya Balqis
Apalagi secantik Zulaikha

Aku hanyalah seorang wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita untuk menjadi solehah. Aamiin.





Aku bukan malaikat yang tidak pernah ada salah & silap.. Aku bukan insan sempurna yang boleh membuat semua orang tersenyum.. Aku hanya manusia biasa yang tak terlepas daripada melakukan dosa & aku tidak mampu membuat semua orang tersenyum.. Terimalah aku seadaanya.

Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai. -Sayidina Ali-











No comments:

Post a Comment