Wednesday 8 May 2013

Jangan baring ketika azan ? Jangan berkata-kata semasa azan ?

‎"Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
"Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut."


Adakah hadis ini hadis sahih/hasan? Meh nak jelaskan.


Tidak ada satu hadis pun yang melarang bercakap ketika azan, tapi hadis mengenai supaya jawab azan tu ada. Perihal bercakap ketika azan, hukumnya harus menurut Imam al-Bukhari rhm sebagaimana yang dinyatakan dalam Sahihnya pada bab ''Berkata-kata ketika (dalam) Azan''. Dan ada pendapat ulama' mengatakan makruh melainkan ada hajat.Dan ada ulama' memberi tafsil (perincian) iaitu makruh berkata-kata ketika iqamah tetapi tidak makruh ketika azan. Tidak rajin dengar pula yang berpendapat haram berbicara ketika azan dilaungkan.
Makanya, moleklah kita lihat akan satu hadith sahih Nabi صلى الله عليه و سلم diriwayatkan Imamain al-Bukhari rhm & Muslim rhm daripada Abu Hurairah r.a iaitu :-

''Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.”
Take note, ini bukannya hadis nabi. Ini adalah hadis maudhu' yakni hadis palsu. Ini hanyalah kata-kata orang tua-tua yang tergolong dalam kategori targheeb dan tarheeb (menggalak dan mencegah), maka direkanya petua dan hadis palsu. Berhati-hatilah bila sebarkan sesuatu, kaji dulu. Sekarang makin banyak tersebar hadis palsu. Semua itu adalah fitnah akhir zaman. Semoga kita terpelihara daripada terpengaruh dengan fitnah ini, insyaAllah.

via - Si Pencari Ilmu


Terlalu ramai yg membuat kenyataan : 
Jangan baring ketika azan sedang berkumandang, nanti bila mati, mayat jadi berat..

Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat: "Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (Marilah sembahyang) Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ (Sembahyanglah di rumah kamu) Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: "Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasulullah) telah mengajarkan perbuatan ini. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu wajib tetapi aku tidak mahu kamu keluar rumah dan kamu berjalan di atas tanah yang licin dan berlumpur." (Hadith Sahih Muslim)
‏حدثنا ‏ ‏مسدد ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏حماد ‏ ‏عن ‏ ‏أيوب ‏ ‏وعبد الحميد ‏ ‏صاحب ‏ ‏الزيادي ‏ ‏وعاصم الأحول ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن الحارث ‏ ‏قال خطبنا ‏ ‏ابن عباس ‏
‏في ‏ ‏يوم ردغ ‏ ‏فلما بلغ المؤذن حي على الصلاة فأمره أن ينادي ‏ ‏الصلاة في ‏ ‏الرحال ‏ ‏فنظر القوم بعضهم إلى بعض فقال فعل هذا من هو خير منه وإنها ‏ ‏عزمة ‏
------------------

Dari Abdullah bin Al-Harith bahawa beliau berkata, "Ibn Abbas berkhutbah di hadapan kami pada hari radghin. Ketika muazzin sampai kepada ucapan حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ , maka beliau memerintahkan dgn berkata, ‏الصلاة في ‏ ‏الرحال (Solatlah di tempat tinggal). Kami semua saling pandang memandang, maka beliau berkata,"Hal ini telah dilakukan oleh org yang lebih baik darinya. Sesungguhnya ia merupakan keharusan." (Hadith Sahih Bukhari)

Keterangan hadith:
Yang dimaksudkan bab berbicara saat azan ‏الكلام في الأذان‏ adalah mengucapkan perkataan selain azan pada saat azan dikumandangkan. Imam Bukhari tidak menegaskan hukum ini kerana hadith ini tidak ada tanda2 suruhan secara tegas. Akan tetapi keterangan yang disebutkan di tempat ini bahawa beliau membolehkan hal tersebut. Al-Hafiz Ibn Munzir telah menukilkan pendapat yg membolehkan secara mutlak dari Urwah R.A, Atha', Al-hassan serta Qatadah R.A dan inilah pendapat imam Ahmad Rh.

Kmdn dinukilkan dari An-Nakha'ie, Ibn Sirin dan Al-Awza'ie bahawa ia adalah makruh. At-tsauri tidak membolehkannya. Adapun Imam Abu Hanifah serta sahabatnya berpendapat meninggalkannya adalah lebih baik. Pendapat ini juga terdapat pada Imam Malik dan As-Syafie. Ishaq bin Rawahaih mengemukakan pendapatnya bahawa berbicara ketika azan adalah makruh kecuali bicara itu ada kaitan dgn solat. Pendapat Ishaq dipilih oleh Ibn Munzir.

Ad-dawudi berpendapat hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang bolehnya berbicara ketika azan tetapi berdasarjan pendapat sblmnya adalah sesuatu yg disyariatkan apabila perbicaraan itu termasuk sbhgn azan (spt mengajak manusiaa mengerjakan solat dsb)

Jadi adalah tidak benar sekiranya orang yg bercakap ketika azan akan dihukum mati berat sebelah kerana sesetengah fuqaha membenarkan manusia bercakap ketika azan.

Wallahua'lam

Rujukan:
1. فتح الباري بشرح صحيح البخاري Ibn Hajar Al-Asqalani Juz 4 Kitab ‏الأذان
2. صحيح مسلم
_________________

Wassalam

Tambahan:

Apa yg anda dengar itu adalah termasuk petua orang2 tua Melayu kita dalam bab targheeb dan tarheeb (menggalak dan mencegah), maka direkanya petua dan semisal hadis palsu.

Contoh yg lain:
a. Janganlah memanjat pokok pisang, nanti buruk kemaluan
b. Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul
c. jangan main waktu maghrib, nanti disembunyikan hantu

Maka " jangan baring ketika azan, nanti mayat berat" adalah termasuk dalam jenis ini. 
Yang benar: mayat memang berat kerana ia menjadi solid mass. Tambahan kalau si fulan tu dan Heavyweight, maka sudah tentulah mayatnya berat. Kalau kita dah mati, apa nak dirisaukan mayat kita berat atau ringan, yg kita kena fikirkan ialah beratnya amal.


Wallahu'alam =)



-WASSALAM-





No comments:

Post a Comment