Menurut Ibnu Qayyim, terdapat sepuluh jenis tangis iaitu :
- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
- Menangis kerana rasa takut.
- Menangis kerana cinta.
- Menangis kerana gembira.
- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
- Menangis kerana terlalu sedih.
- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
- Menangis kerana terikut orang menangis.
- Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
“…dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (an-Najm: 43)
Allah
yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya
tangisan itu. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya
dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia
tidak pernah kering berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti
sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.
Tangis tercela atau terpuji ?
Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada
pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa lalu atau tangis kerana takutkan azab Allah.
Tangisan memadamkan api Neraka
“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air
mata taubat Nabi Adam a.s. yang menangis selama 300 tahun tanpa
mendongak ke langit kerana takut terhadap dosa yang telah ia lakukan.
Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip.
Dari air mata itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon
bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu
berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka
burung itu mempersendakannya lalu lagi kuat dia menangis.
Lalu
Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam
sesungguhnya belum pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata
taubat mu!.”
Air mata yang tidak dituntut
- Jangan menangis jika tidak tercapai cita-cita.
- Jangan menangis ketika menonton filem yang cuma lakonan.
- Jangan menangis kerana cinta tidak berbalas kerana mungkin dia bukan jodoh kita.
- Jangan menangis jika gagal mendapat pekerjaan mungkin kerana kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis jika wang kita hilang di jalanan mungkin kerana kita kurang bersedekah dan beramal.
- Jangan menangis jika tidak dinaikkan pangkat kerana yakinlah rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari
itu simpanlah air mata sebagai bekalan untuk menginsafi di atas segala
kecuaian yang melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik
hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah
dari Allah SWT. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik
kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih
kembali dan semoga ia dapat melebur dosa-dosa kita.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Ada dua jenis mata yang tak tersentuh api neraka iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
Berkata Salman Al Farisi r.a, “Aku menangis kerana tiga perkara :
1. Berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah s.a.w bersabda : “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara :
1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Perkara tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Tuhanmu, dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Yang Memiliki mu.”
Menangis itu penting, agar terbentuk keseimbangan dalam perbentukan jiwa yang cemerlang. Tetapi memahami tujuan menangis itu jauh lebih penting kerana dengannya jiwa akan mencapai kesedaran yg tinggi & proporsional. Melaluinya ia akan mengetahui kelebihan menangis seperti ia tahu kelebihan ketawa. Ia seakan-akan seorang kaya yang mengetahui laluannya memperolehi harta, kerana setiap proses itu menambah lagi keuntungan yg diusahakan~(ustaz zahazan mohamed)-WASSALAM-
Wallahu’alam
Tweet
No comments:
Post a Comment