Thursday 16 May 2013

Terima Kasih "Guru / Cikgu"

Seperti yang kita sedia maklum, harini ialah 16 May bersamaan dengan Hari Guru kan kan kan. Ehem ! Tak pergi skola ek ? Haha Mentang-mentanglah harini tak belajar, nak ponteng. Macam adik2 Ezza kecuali yang skola rendah. Ezza? Eh, Ezza dah habis skola dah pun ;)


Jadi di kesempatan ini Ezza ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar sebagai guru :D even biasanya kita panggil Cikgu. Tak kesah la mana-mana pun ya >_<

Pertama sekali Ezza nak ucapkan juga Selamat Hari Guru ni kepada dua orang insan yang memang Ezza rapat dan sayang yang amat. Mereka lah yang telah bersusah payah mendidik Ezza.
Ajar makan dan minum, Ajar pakai pakaian. Ajar mana perkara yang baik dan buruk. Serta ajar macam-macam lagi kerana sudah tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anaknya agar menjadi insan yang berguna kelak.
Itulah Mak dan Ayah Ezza kerana telah menjadi 'guru' pertama dalam hidup Ezza sejak Ezza lahir. Tanpa mereka, mungkin Ezza 'tak kenal dunia'. Jasa dan pengorbanan mereka akanku kenang sampai bila-bila hingga ke akhir hayat.

Semoga Mak dan Ayah Ezza sentiasa hidup dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat. May Allah bless both of you   

Tapi, tak lupa jugak untuk guru2 yang telah mengajar Ezza dari :

Tadika : Tadika Akal Pandan Indah, Kuala Lumpur

Sekolah rendah : Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Shah Alam
: Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang

Sekolah menengah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Bukan itu saja. Terima kasih jugak diucapkan kepada ustazah (tak ingat nama) masa Ezza 6 tahun dekat KL yg mengajar Ezza mengaji. Seterusnya, dekat Shah Alam yang mengajar Ezza di Kafa Integrasi (tak ingat) iaitu sekolah agama dekat surau Taman Sri Lembayung yg mengajar Ezza walaupun sekejap je. Dan ustaz serta ustazah yg mengajar mengaji di blok (entah tak ingat, tapi rumahnya dekat tingkat 1) dan ustazah dekat blok 4 tingkat 5 dan ustazah dekat blok 1 yg Ezza panggil dia Mak Long, padahal kena panggil nenek xD 
Apela Ezza ni banyak yg lupa -.- Tapi takpe, sekurang-kurangnya Ezza ingat rupa diaorang

Itu saja lah kot. Nak cerita lagi, takut nanti jadi karangan yang 6 muka surat macam Ezza tulis time sekolah menengah dulu x) haha

Apapun, terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada semuanya. Don't give up on teaching !

Lastly, lagu ni ditujukan buat semua yang menjadi seorang PENDIDIK. Bukan untuk cikgu di sekolah saja ya.

 |  |  |  |  |  







No comments:

Post a Comment