Monday 30 June 2014

Kenangan di Kolej Matrikulasi Perak (PART 2)

     Sebelum ni, entry pasal roomate jer.. Walaupun takde lah banyak mana pun yg diceritakan, tapi ada la jugak kan. Kalau nak tahu lebih, boleh la bertanya ya ;) Now, entry pasal classmates.. Ya,, classmates saya di KMPk 2013/14. Selama setahun kami bersama, belajar bersama, bersuka dan berduka bersama *macam pelik je bunyinya* and macam2 lagi la. Tak tahu nak kata apa dah. So, kali ni post gambar kawan kelas jelah.. Nak citer pasal sorang2 tak larat la. Kalau sorang dua tu maybe boleh la. Ni lebih dari 10 orang.. Wuuuuuu~~ cheq tak larat. Haha.. -___-" Entry kali ini hanya banyak memaparkan gambar2 kami aje ya.. Dah macam tumblr plak dah. Biar arrr.. Nak letak dekat instagram, bukannya ada pun.. Takpe, letak je dekat dalam blog, lagi senang.. lol

    Sebenarnya , tak ingat dalam kelas ada brape orang. *okay, ni memang teruk. :/ mohoh jangan kutuk. Tapi, nama diaorang still ingat lagi okay walaupun tak tahu nama penuh semua orang. Kalau tahu pun, hanya beberapa orang ajer. Buat sesiapa yg saya tak tahu ingat nama penuh anda, saya mohon maaf sangat sangat T_T maafkan saya yer and jugak kalau ada tersalah eja nama pun, sorry yer. Sekian, terima kasih. 

   Eh, dah habis ke ? Belum lagi la. Jap, nak cakap pasal apa sebenarnya ni? Okay macam dah ke laut je ni. Bukan macam dah, tapi memang ke laut. lol. Okay, cukup takyah mengarut. Sebenarnya tak semua yg ada masa sem 1 bila time sem 2 pun ada. Sebab ada yg masuk PDT and ada plak yg pindah. 

 INILAH MEREKA :

GAMBAR KELAS B2T12 2013

BELAKANG DARI KIRI 
HUSNA | MUNIRAH | AIN | AZRINA | ROSNITA | ADIN | HIDAYAH | ARTIKAH | ANIS | IZZATI | SAHERA | HAZIMAH | AMALINA | SYERA | SAYA | LIYANA | HADIRAH | AYU | WANI | AZLEEN

DEPAN DARI KIRI
HANIZAN | SHAFIQ | SYAIFUL | SYAHMI | ATIQAH | SHAFIQA | HAZIQAH | IZYANI





GAMBAR KELAS 2014








LAIN2



^B2T12a



^B2T12b







OKAY dah la cukup la tu.. Banyak sangat plak. Haha.. Sebagai penutup bicara eh, silap post, saya nak ucapkan semoga korang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Moga segala impian korang tercapai. InsyaAllah, aamiin. Nanti kalau nak KAHWIN , jangan lupa jemput saya :P haha







Monday 2 June 2014

Kenangan di Kolej Matrikulasi Perak

Orang lain dah lama update blog lepas menamatkan pengajian kat matrik. Tapi aku ni baru je nak update. haha. Takpela. Baru sekarang ada masa. Ceh, macamkan selama ni busy memanjang jer. Tetiba je hati ni tergerak nak menghupdate blog ni. Kalau tak sunyi sepi je karang. heee

Sekarang kan student baru bagi sesi 2014/15 baru masuk kan and baru habis orientasi kan and baru nak mula kan 'kehidupan' sebagai student matriksssss kan. kan kan kan. *banyak pulak kan nya ya.
So, selamat menempuh kehidupan di situ yer ;)

So, nak story mory ape,, Ezza pun tak tahu. Kalau nak cerita dari A to Z memang tak cukuplah kan. Mahunya sampai ke besok pun tak habis ceritanya. Jadi, intro jelah dulu yer.

Laaaaa tadi tu bukan intro ke? Eh, bukan. Tadi tu iklan je. wakakaka.. K tak lawak pun. -.-"

      Kalau nak ingatkan masa first day Ezza nak pegi KMPk untuk pendaftaran student baru 2013/14. Fuhhhhh dahsyat. Ingatkan datang awal , selesai pun awal. Oh ternyata, sangkaan ku meleset. Apa yg terjadi? Siapa yg alaminya, confirm tahu kan. Ezza bertolak dari rumah lebih kurang 7 lebih. Lepastu, adelah berhenti dekat R&R mana ntah, dah lupa, nak makan. Yela kan, breakfast terakhir bersama family sebelum masuk matrik. Haha. Ayat sedih plak.

      Jadi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam kot kalau tak silap. Sampai gopeng dalam pukul 10 lebih la. Yg tak bestnya ialah sbb 'jam' bukan jam tangan bukan jam yg sapu dekat roti tu yer --" panjang kot sesaknya dengan kereta. Alaaa biasa la tukan. dalam hari yg sama ada brape ribu orang yg nak pegi mendaftar memang la sesak yg amat. Jam dari simpang tol gopeng rasanya kalau tak silap. Memang tersangkut la dalam jam tu lebih dari satu jam. Perghhh memang dahsyat la kan. lepastu ada yg memotong la. Ohhh itu perkara biasa. *biasa la sangatttt* Yg ada siap tumpangkan anaknya dengan sesape yg maybe penduduk dekat2 situ naik motor pergi matrik.. Wah,, ada jugak taw mcm tu. Yg ada plak siap jalan kaki. Woooo macam2 kan.

     Dah tersangkut jam tu satu hal, pastu parking plak takde, kena tumpang sekolah asrama dekat sebelah matrik tu. Dah la jauh , kena jalan kaki nak pergi matrik tu plak pastu nak kena cari tempat pendaftaran tu plak. Ezza ingat lagi Ezza mendaftar tepat pukul 11.59 am. Still ingat sampai sekarang sbb no tu cantik kot. Haha. Takde kena mengena la. Dah siap mendaftar cari bilik plak. Tapi time tu takde sesape dalam bilik so Ezza letak jela barang yg baru dapat dengan beg kat dalam bilik then ayah bawak pergi mana ntah nak pergi makan. Time tu barang2 still dalam kereta tak larat la nak angkut dari sekolah tu masuk ke matrik. JAUH + PENAT = PENGSAN nanti. So, seterusnya, nak dipendekkan cerita dah siap kemas barang kat bilik, family pun balik, kenal2 dgn roomates and then esoknya bermulalah minggu orientasi. Okay dah malas nak citer panjang2. xD

Mesti nak tahukan siapa roomates Ezza kan.... Inilah mereka :

dari kiri : FATIN ALIAH | AINA ZULAIKHA | ME | SYARIFAH NOR ATIQAH
Gambar kat atas ni adalah roomates Ezza dari first day lagi. Kitaorang sebaya. Yeay, of course la kan. And kitaorang tak sangka plak sama modul iaitu MODUL 3 a.k.a student BIO :P Tapi, lain2 lecture + kelas. Aina dengan Syarifah sama lecture, B1 tapi kelas tutor tak sama. Ezza B2 and Fatin plak B3. Kalau nak tahu, Fatin dari Melaka, Aina dari Kedah and Syarifah dari Pahang. Semuanya jauh2.

dari kiri : ME | SYARIFAH | kak NUR ALIA QISTINA | FATIN
Gambar yg atas ni plak ada Kak Alia. Eh, mesti pelikkan. Yela tadi kata semuanya sebaya. Kak Alia jadi roomate kitaorang pun lepas dia datang dua minggu selepas kitaorang orientasi kot. Nampak sangat Ezza ni pelupa. Haha -.-" Sebelum tu kitaorang dah tahu dah yg kitaorang bakal menerima 'penghuni' baru. Mula2 ingatkan sama2 intake dengan kitaorang yg tumpang kat rumah felo ke. Rupa-rupanya our senior :D Kak Alia ni dari Perak. Dia student PDT 2012/14. So, kiranya Kak Alia dua tahun di KMPk and Kak Alia ni merupakan student MODUL 2 a.k.a student PHYSICS ;) Dia baik + comel orangnya. Kalau tak faham apa2 boleh tanya dia. Tapi jangan tanya soalan bio sudah lerr. And Kak Alia la paling banyak membantu Ezza bila Ezza tak faham soalan Math ke, Kimia ke. btw, thanks Kak Alia sebab banyak membantu Ezza T_T and tak lupa jugak kepada Syarifah , Aina and Fatin yg banyak membantu dalam bio terutamanya :))) THANKS A LOT <3

Okay lah, sampai di sini saja lah. Ezza pun dah tak tahu nak citer pasal apa. Sebab terlalu banyak rasanya nak diceritakan tentang kenangan bersama mereka. *Eceh kenanngan bersama xD* Nanti Ezza story mory sikit plak pasal classmates ya ;) Nak type kat sini gak. Panjang sangat plak karang. Ni pun dah macam buat essay lebih daripada 350 perkataan dah. haha. 

Lastly, kalau lah kalau lah ada di antara roomates Ezza ni baca entry ni, Ezza nak mintak ampun maaf atas segala salah dan silap yg Ezza lakukan samada sedar atau tidak terhadap korang selama Ezza bergelar roomate korang :') Mohon maaf atas segalanya. InsyaAllah kita akan bertemu lagi. Korang memang awesome and the best and roomates terbaik skali. Terima kasih untuk segalanya. Segala suka dan duka akan tetap jadi kenangan bersama sampai bila-bila :')

-SEKIAN , WASSALAM-