Sunday 20 January 2013

JAWAB SALAM ?


97% muslim yang saya jumpa bila disebut :

"Ina, Nur kirim salam."
Akan dijawab."Oh, yeke Siti? WA'ALAIKUMUSSALAM."


0kay.. Nampak macam tak de masalah kan? Tertanya-tanya kan apa masalahnya kan ? Ya. Memang ada masalah... =.=''
Sebenarnya, apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam'
tapi.....
'wa'alaika wa'alaihissalam' (bg lelaki) 'wa'alaiki wa'alaihassalam' (bg perempuan)
Sebab apa?
Nur suruh Siti kirim salam kat Ina.
Ina jawab " wa'alaikumussalam "
Sedangkan:-
Wa'alaikumussalam = selamat sejahtera ke atas KAMU
jadi salam Nur kepada Ina tak terjawab kan? sebab Ina doakan salam tu kepada SITI .
SEDANGKAN SITI TU ORANG TENGAH..
Manakala:-
Wa'alaiki wa'alaihassalam = dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.
Maka salamnya terjawab.... ^_^
Indahnya Islam... Indahnya Bahasa Syurga ini... ♥
** Hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB (:
#copypaste .



Dalam hal ini, si penerima Salam perlu menjawab Salam tersebut dengan cara yang bersesuaian dengan si pemgirim dan pembawa Salam tersebut. ringkasnya, seperti berikut :

1.         Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut juga seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:“Wa’alaika wa’alaihissalam”
2.         Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut juga seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:“Wa’alaiki wa’alaihassalam”
3.         Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut adalah seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:“Wa’alaiki wa’alaihissalam”
4.         Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut adalah seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:“Wa’alaika wa’alaihassalam”

Ringkasnya, perhatikan kepada huruf yang dicondongkan dan dihitamkan. Hanya suku kata tersebut sahaja yang berubah mengikut siapa yang mengirim dan menyampaikan Salam tersebut.

Nota Ka – awak lelaki.
          Ki – awak perempuan.
          Hi – dia lelaki.
          Ha – Dia perempuan.

Wallahu'alam

-WASSALAM-





1 comment: