Sunday, 10 May 2015

UPU ?

          
AMARAN : ENTRY INI MEMPUNYAI LEBIH DARIPADA 1500 PATAH PERKATAAN. SILA JANGAN TERUSKAN SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA PADA AYAT YG TERLALU BANYAK >_<


          Bercakap tentang UPU, confirm adik-adik akak *hakak la sangat dah check kan kan kan. Itu untuk mereka yg ada memohon la. Kalau takde tu, takde la ya. Oh oh sebelum tu, ada sesiapa dapat kat KMPk tak a.k.a matrik perak , hadooo ke tidak?? Yeayy ada. *cakap sorang2, burung2 pun terbang berkicauan, laut pula bergelora seperti biasa -_-" Untuk mereka yg dapat di situ, tahniah saya ucapkan , moga anda dapat membiasakan diri dalam kehidupan belajar di matrik. Takmo sedih2, takmo kecewa ke, takmo takmo.



         Okay, seterusnya, untuk mereka yg dapat UPU tu , alhamdulillah, tahniah jugak untuk anda. Apa? Tak dapat apa yg diminati, harap awak dapat terima seadanya. Ya, saya faham macam mana rasanya tak dapat apa yg kita nak. Mungkin itu rezeki awak untuk belajar di situ dalam dunia bidang itu walaupun bukan pilihan awak. Kalau memang pilihan awak, alhamdulillah.

         Untuk mereka yg sambung belajar ke Form 6 pun hakakkkk ucapkan tahniah jugak !!! Eh, buang mentaliti yg slalu sangat fikir kalau masuk Form 6 je kena masuk sekolah balik, kena jadi budak skola, dan seumpama dengannya. Jangan nak buat mind set macam tu. Tak elok tak elok dan tak bagus untuk minda anda. Dah apa aku ngarut ni haaa. Pedulikan aje apa orang lain kata terutamanya "suara-suara" yg nak menjatuhkan kita atau memperlekehkan kita. Haaaa, lagi satu siapa cakap STPM senang? Ehhh, jangan salah faham, bukan nak menakutkan okay. Tapi, tu memang kenyataan pun dan ada sebab nya kenapa begitu taw. Dulu, masa akak kat matrik (ehem ehem, untuk entry ni kita berakak adik ea, hahahha) *sopan katanya.. Okay sambung balik ayat tadi, masa akak kat matrik dulu, ada lecturer ni dia cakap budak2 matrik yg dapat 4.0 ibarat 3.5 STPM je.Haaa kau, nampak jauh bezanya kan walaupun 0.1 pun dikira jauh beza jugak tu, inikan pula separuh darinya. Ya, memang la ada jugak yg kata matrik tu pun susah. Susah kalau kau tak dapat nak membiasakan diri. Tapi, sebenarnya akak dulu blaja pun memang adela terasa susahnya. hehe. Adat la kan masa blaja. Tapi, akhhirnya berjaya jugak dapat menamatkan pengajian di matrik tu selama setahun. Yeayy alhamdulillah, begitu juga dengan kawan2 akak yg lain. Ehhh jap, nak kata yg 3.5 tu pun ingat senang2 ke nak dapat. Senang jela kalau kau..... kalau apa? Kalau usaha. Tiada yg mustahil.



          Okay, berbalik kepada al-kisah UPU. Nak bagi tahu la. Sebenarnya taknak bagi tahu pun, tapi jari ni mengada nak jugak taip, okay ceritanya begini, untuk mereka yg tak dapat UPU, mohon jangan kecewa yg teramat ibarat inilah penamat hidup kau dan jangan pulak suka2 nak "tamatkan" hidup kau dan juga tolong jangan buat kerja gila meroyan kau yg ntah apa apa ea. (maaf ayat kasar T_T). Eh, ni nak habaq ni, akak ni dulu kan result SPM pun tak gempak mana, subjek sains, tak tahu nak kata apa la kan. Lagi-lagi bila hari dapat result tu kan, terkedu, terdiam seribu bahasa, ter apa lagi ea, ter ter ter la kan. Nangis? YA. Tu air mata yg menggedik keluar. Haha. Tetiba je. Mahu nya tak kecewa kot. Yela, nak2 plak bila tak dapat nak bagi Mak dengan Ayah "hadiah" yg aku inginkan yg boleh buat diaorang bangga. Parents mana je yg tak banggakan kalau anak dia dapat result cemerlang gemilang terbilang gitu. Tapi, walaupun mak dengan ayah kata okay, tak mengecewakan dan pelbagai lagi kata-kata semangat yg sememangnya langsung tak menjatuhkan aku. Serius, terharu, tapi perasaan bersalah tetap ada. Mak pulak sentiasa sangat menyokong anak nya ni :') sampai kan bila give up je , mak la orang pertama yg akan naikkan balik semangat yg hilang tu.

          Itu dah macam cerita sedih pasal SPM plak. #kah . Ni nak cakap pasal UPU. Macam insan lain, Ezza pun ada mohon jugak. (ezza plak dah, tadi nak akk sangat..haha..abaikan) Dannnnnnn tibalah hari yg ditunggu oleh mereka seperti diriku ini yg terlampau ingin tahu di mana kah akan ku dapat untuk sambung blaja ke peringkat seterusnya. Tapi, sebelum tu dah tahu dah dapat matrik so tunggu UPU plak. Bila dah sampai masanya mestilah tak sabar nak check. Takut pun ada. Server error ke apa ke, itu normal la kan. Then dah dapat bukak, nak check, isi la apa yg patut. dannnn BOOM.Terpapar la di kaca screen ni keputusannya. Perkataan pertama yg keluar ialah DUKACITA. Ya, apa kau ghasee? Hanya mampu terdiam jela. Tak puas hati, check lagi. Jawapan tetap sama. Buat la sampai 10 kali pun. Jawapan takkan berubah. Yela, kau siapa nak ubah ubah keputusan tu kan kan kan.

         Benda pertama yg terlintas masa tu, nak cakap apa kat mak dengan ayah. Dan bila ada mulut-mulut yg bertanya, dapat mana? kos apa? dan pelbagai macam soalan. Apa nak dijawab? Kecewa, ya kecewa sangat sangat. Sedih? Ya, sememangnya sedih, duka, lara. Apa lagi? Nangis air mata darah pun takde guna la. Then, tinggal dapat matrik tu je huh sbb tak dapat Form 6. Maka, teruskan jela ke matrik. Pada mulanya, taknak pun matrik tu. Al-maklum la bila dengar dari mulut2 orang yg berkata pasal matrik yg sememangnya kebanyakannya negatif, memang membuatkan kau bertambah down gila gila. Tapi, bersyukur sangat sangat sebab Mak la yg bagi semangat, pulihkan semangat yg hilang tu. Pujuk lagi tu, terharu wey. Macam-macam yg mak cakap dan sebab itu la Ezza teruskan juga ke matrik. Orang kata sijil matrik tak layak? Sijil pun memang takde. haha xD Lepas blaja tak boleh dapat keja. Ya, memang la kan. Habis blaja, tak boleh blaja jauh2. ermmm diamkan ajela. Habis blaja nanti susah nak sambung pengajian ke mana2 universiti? Itu bohong. Dan macam2 lagi yg mengutuk. Tapi, tu bukan la penamat segala-galanya walaupun time tu Ezza dah macam dah hilang, macam dah takde apa makna dah. Betapa dahsyatnya dia punya kecewa tu.

          Oh ya, Ezza memang pernah je mendengar mereka yg suka 'menjatuhkan' kami. Cakap macam-macam. Hati ni sakit dia , memang sakit yg amat. Telinga yg mendengar ni pun macam mendidih semacam je. Lebih2 lagi dari mulut mereka yg kau rapat. Tapi mulut? Apa mampu buat? Hanya mampu membisu seribu bahasa. Sebab kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Betul tak? Tula, ingat ea, walau apa pun yg awak dapat walau di mana pun awak nak sambung blaja dan ada manusia  ni mulut dia nak mengutuk ke mencaci ke menghina ke, pedulikan mereka. Asalkan kita tak buat benda yg salah. Sebab apa Ezza cakap macam ni, sebab dah pernah lalui nya. Dan dah faham sangat. Sampaikan kita dah mampu berjaya pun masih lagi wujud manusia sebegitu. Sampai bila mereka akan berkata-kata tentang kita? Sampai kita dah "takde" lagi, baru la mereke diam mungkin.

          Jadi, mungkin ni penamatnya untuk cerita kali ni. Hoho. Cuma nak cakap, yg nanti bila dah dapat sambung blaja tu, kebiasaannya orang dah tak peduli dah dengan result SPM kau. Bukan la bermaksud macam sia-sia je ambik SPM. Tak, bukan begitu. Maksudku di sini, result SPM tu ya, penting la kan, ibaratnya seperti penentu mana kau akan pergi selepas ni. Cuma, lepas ni tak boleh nak bangga sangat dengan result tu bila di alam pengajian yg baru ni. Sistem blaja nya mungkin ada lain tapi memang lain pun kan. Sebab ada je yg lulus dengan cemerlangnya, bila dekat U ke matrik ke, apa apa jela, terus menurun. Sebab apa? Sebab mungkin sudah berada di zon selesa. Ingat ya, suasana blaja akan totally different. Bukan macam zaman persekolahan tu ea. Sebab itu la realitinya apa yg Ezza nampak masa kat matrik dulu la. Dan yg penting, siapa kata kalau result tak bagus tak boleh pergi jauh? Eh sebentar, nak quote ayat kat twitter :

Jgn ingat result kau tak bagus kau tak boleh pergi jauh. Plan Allah siapa yang tahu. It's all about rezeki, insyaAllah just jgn give up.
          Ingat pesanan tu baik2 dengan sebaik baik yg mungkin. Dan sememangnya, anda mampu mengubahnya. Ezza dulu pun bermula dari bawah. Tapi, alhamdulillah, masa kat matrik dulu, walaupun pada mulanya result memang cukup2 makan je kan, tapi itu bukan alasan untuk terus ke bawah. Dan alhamdulillah, hasil usaha, walaupun secara perlahan-lahan, bayangkan la ibarat kau tiada apa apa dan dari hasil titik peluh kau tu, kau dapat hasil nya. Hasil yg memuaskan. Itu la namanya nikmat. So, siapa yg tak mampu berjaya walaupun bermula dari bawah? Tak semestinya mereka yg slalu di atas akan terus di atas dan yg bawah akan tetap di bawah. Tidak sama sekali. Ehh, ni bukan nak cakap yg result Ezza tu gempak sangat2 la kan. Tapi, yg penting melepasi target walaupun bukannya 4.0. Dan seterusnya, itu sajalah setakat ni. Lain kali membebel lagi ea. Haha

Sebagai penamat bicara , TAHNIAH untuk 
awak awak awak sekalian walau di mana saja anda dapat.


SEKIAN, WASSALAM

       




Sunday, 8 March 2015

First post in year 2015

Hai awak awak sekalian wahai saudara saudari. Apa khabar ?

Itu jela ayat sama yg dok ulang. haha

Okay sekarang dah 2015. Entry sebelum ni masa bulan July tahun 2014. Haaaa kau, kira la sendiri brape lama tak berusik blog ni. Kesian dia kesepian. Haha. Rasanya elok jugak tunggu sampai bulan July nanti boleh cukupkan setahuN. Yedok. Amenda la cik Ezza ni mengarut. Lupakan jela.

Alang-alang laptop ni pun akhirnya dapat connect dengan wifi sini, line pun agak lajuuuuu jer. Itu yg seronok nak explore semuanya. Sebenarnya tak tahu nak story mory apa kat sini. Saje je buat cerita mengarut. Belum ada idea lagi katanya. Al-maklum la dah lama tak memerah otak ni nak type entry panjang berjela. Kalau perah otak sebab nak jawab exam / study adela. Huhu

Oh ya, agak-agak masih ada lagi ke yang mengenali Ezza. *apa kau fikir kau retis sampai orang nak kenal kau. Hahahahhaha XD bukan begitu maksud saya. Maksud yg dimaksudkan oleh saya ialah adakah masih ada lagi sesiapa sahaja insan yg menyedari dengan kewujudan blog ku ini. Nak sedarr tentang kewujudan Ezza ni memang tak la kan. Orang pun tak kenal. Haha

Okayyyy, mahu cerita apa lagi ya? Takde kot. Ni mukadimmah je. Tunggu la nanti malam ke, esok ke, minggu depan ke. Bila-bila jela Ezza free, Ezza bercerita ya. Cerita amenda ntah.










Monday, 30 June 2014

Kenangan di Kolej Matrikulasi Perak (PART 2)

     Sebelum ni, entry pasal roomate jer.. Walaupun takde lah banyak mana pun yg diceritakan, tapi ada la jugak kan. Kalau nak tahu lebih, boleh la bertanya ya ;) Now, entry pasal classmates.. Ya,, classmates saya di KMPk 2013/14. Selama setahun kami bersama, belajar bersama, bersuka dan berduka bersama *macam pelik je bunyinya* and macam2 lagi la. Tak tahu nak kata apa dah. So, kali ni post gambar kawan kelas jelah.. Nak citer pasal sorang2 tak larat la. Kalau sorang dua tu maybe boleh la. Ni lebih dari 10 orang.. Wuuuuuu~~ cheq tak larat. Haha.. -___-" Entry kali ini hanya banyak memaparkan gambar2 kami aje ya.. Dah macam tumblr plak dah. Biar arrr.. Nak letak dekat instagram, bukannya ada pun.. Takpe, letak je dekat dalam blog, lagi senang.. lol

    Sebenarnya , tak ingat dalam kelas ada brape orang. *okay, ni memang teruk. :/ mohoh jangan kutuk. Tapi, nama diaorang still ingat lagi okay walaupun tak tahu nama penuh semua orang. Kalau tahu pun, hanya beberapa orang ajer. Buat sesiapa yg saya tak tahu ingat nama penuh anda, saya mohon maaf sangat sangat T_T maafkan saya yer and jugak kalau ada tersalah eja nama pun, sorry yer. Sekian, terima kasih. 

   Eh, dah habis ke ? Belum lagi la. Jap, nak cakap pasal apa sebenarnya ni? Okay macam dah ke laut je ni. Bukan macam dah, tapi memang ke laut. lol. Okay, cukup takyah mengarut. Sebenarnya tak semua yg ada masa sem 1 bila time sem 2 pun ada. Sebab ada yg masuk PDT and ada plak yg pindah. 

 INILAH MEREKA :

GAMBAR KELAS B2T12 2013

BELAKANG DARI KIRI 
HUSNA | MUNIRAH | AIN | AZRINA | ROSNITA | ADIN | HIDAYAH | ARTIKAH | ANIS | IZZATI | SAHERA | HAZIMAH | AMALINA | SYERA | SAYA | LIYANA | HADIRAH | AYU | WANI | AZLEEN

DEPAN DARI KIRI
HANIZAN | SHAFIQ | SYAIFUL | SYAHMI | ATIQAH | SHAFIQA | HAZIQAH | IZYANI





GAMBAR KELAS 2014








LAIN2



^B2T12a



^B2T12b







OKAY dah la cukup la tu.. Banyak sangat plak. Haha.. Sebagai penutup bicara eh, silap post, saya nak ucapkan semoga korang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Moga segala impian korang tercapai. InsyaAllah, aamiin. Nanti kalau nak KAHWIN , jangan lupa jemput saya :P haha







Monday, 2 June 2014

Kenangan di Kolej Matrikulasi Perak

Orang lain dah lama update blog lepas menamatkan pengajian kat matrik. Tapi aku ni baru je nak update. haha. Takpela. Baru sekarang ada masa. Ceh, macamkan selama ni busy memanjang jer. Tetiba je hati ni tergerak nak menghupdate blog ni. Kalau tak sunyi sepi je karang. heee

Sekarang kan student baru bagi sesi 2014/15 baru masuk kan and baru habis orientasi kan and baru nak mula kan 'kehidupan' sebagai student matriksssss kan. kan kan kan. *banyak pulak kan nya ya.
So, selamat menempuh kehidupan di situ yer ;)

So, nak story mory ape,, Ezza pun tak tahu. Kalau nak cerita dari A to Z memang tak cukuplah kan. Mahunya sampai ke besok pun tak habis ceritanya. Jadi, intro jelah dulu yer.

Laaaaa tadi tu bukan intro ke? Eh, bukan. Tadi tu iklan je. wakakaka.. K tak lawak pun. -.-"

      Kalau nak ingatkan masa first day Ezza nak pegi KMPk untuk pendaftaran student baru 2013/14. Fuhhhhh dahsyat. Ingatkan datang awal , selesai pun awal. Oh ternyata, sangkaan ku meleset. Apa yg terjadi? Siapa yg alaminya, confirm tahu kan. Ezza bertolak dari rumah lebih kurang 7 lebih. Lepastu, adelah berhenti dekat R&R mana ntah, dah lupa, nak makan. Yela kan, breakfast terakhir bersama family sebelum masuk matrik. Haha. Ayat sedih plak.

      Jadi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam kot kalau tak silap. Sampai gopeng dalam pukul 10 lebih la. Yg tak bestnya ialah sbb 'jam' bukan jam tangan bukan jam yg sapu dekat roti tu yer --" panjang kot sesaknya dengan kereta. Alaaa biasa la tukan. dalam hari yg sama ada brape ribu orang yg nak pegi mendaftar memang la sesak yg amat. Jam dari simpang tol gopeng rasanya kalau tak silap. Memang tersangkut la dalam jam tu lebih dari satu jam. Perghhh memang dahsyat la kan. lepastu ada yg memotong la. Ohhh itu perkara biasa. *biasa la sangatttt* Yg ada siap tumpangkan anaknya dengan sesape yg maybe penduduk dekat2 situ naik motor pergi matrik.. Wah,, ada jugak taw mcm tu. Yg ada plak siap jalan kaki. Woooo macam2 kan.

     Dah tersangkut jam tu satu hal, pastu parking plak takde, kena tumpang sekolah asrama dekat sebelah matrik tu. Dah la jauh , kena jalan kaki nak pergi matrik tu plak pastu nak kena cari tempat pendaftaran tu plak. Ezza ingat lagi Ezza mendaftar tepat pukul 11.59 am. Still ingat sampai sekarang sbb no tu cantik kot. Haha. Takde kena mengena la. Dah siap mendaftar cari bilik plak. Tapi time tu takde sesape dalam bilik so Ezza letak jela barang yg baru dapat dengan beg kat dalam bilik then ayah bawak pergi mana ntah nak pergi makan. Time tu barang2 still dalam kereta tak larat la nak angkut dari sekolah tu masuk ke matrik. JAUH + PENAT = PENGSAN nanti. So, seterusnya, nak dipendekkan cerita dah siap kemas barang kat bilik, family pun balik, kenal2 dgn roomates and then esoknya bermulalah minggu orientasi. Okay dah malas nak citer panjang2. xD

Mesti nak tahukan siapa roomates Ezza kan.... Inilah mereka :

dari kiri : FATIN ALIAH | AINA ZULAIKHA | ME | SYARIFAH NOR ATIQAH
Gambar kat atas ni adalah roomates Ezza dari first day lagi. Kitaorang sebaya. Yeay, of course la kan. And kitaorang tak sangka plak sama modul iaitu MODUL 3 a.k.a student BIO :P Tapi, lain2 lecture + kelas. Aina dengan Syarifah sama lecture, B1 tapi kelas tutor tak sama. Ezza B2 and Fatin plak B3. Kalau nak tahu, Fatin dari Melaka, Aina dari Kedah and Syarifah dari Pahang. Semuanya jauh2.

dari kiri : ME | SYARIFAH | kak NUR ALIA QISTINA | FATIN
Gambar yg atas ni plak ada Kak Alia. Eh, mesti pelikkan. Yela tadi kata semuanya sebaya. Kak Alia jadi roomate kitaorang pun lepas dia datang dua minggu selepas kitaorang orientasi kot. Nampak sangat Ezza ni pelupa. Haha -.-" Sebelum tu kitaorang dah tahu dah yg kitaorang bakal menerima 'penghuni' baru. Mula2 ingatkan sama2 intake dengan kitaorang yg tumpang kat rumah felo ke. Rupa-rupanya our senior :D Kak Alia ni dari Perak. Dia student PDT 2012/14. So, kiranya Kak Alia dua tahun di KMPk and Kak Alia ni merupakan student MODUL 2 a.k.a student PHYSICS ;) Dia baik + comel orangnya. Kalau tak faham apa2 boleh tanya dia. Tapi jangan tanya soalan bio sudah lerr. And Kak Alia la paling banyak membantu Ezza bila Ezza tak faham soalan Math ke, Kimia ke. btw, thanks Kak Alia sebab banyak membantu Ezza T_T and tak lupa jugak kepada Syarifah , Aina and Fatin yg banyak membantu dalam bio terutamanya :))) THANKS A LOT <3

Okay lah, sampai di sini saja lah. Ezza pun dah tak tahu nak citer pasal apa. Sebab terlalu banyak rasanya nak diceritakan tentang kenangan bersama mereka. *Eceh kenanngan bersama xD* Nanti Ezza story mory sikit plak pasal classmates ya ;) Nak type kat sini gak. Panjang sangat plak karang. Ni pun dah macam buat essay lebih daripada 350 perkataan dah. haha. 

Lastly, kalau lah kalau lah ada di antara roomates Ezza ni baca entry ni, Ezza nak mintak ampun maaf atas segala salah dan silap yg Ezza lakukan samada sedar atau tidak terhadap korang selama Ezza bergelar roomate korang :') Mohon maaf atas segalanya. InsyaAllah kita akan bertemu lagi. Korang memang awesome and the best and roomates terbaik skali. Terima kasih untuk segalanya. Segala suka dan duka akan tetap jadi kenangan bersama sampai bila-bila :')

-SEKIAN , WASSALAM-






Sunday, 16 March 2014

FINAL SEM



APA KHABAR SEMUA ? ? ? :D 
*takde kena mengena pun*

Kesian kat my blog ni, tuannya dah lama tak singgah. berhabuk sudah. haha. Takde masa la nak bukak. Ni pun saje mengambil kesempatan nak meng'update' entry. Sekurang-kurangnya ada la jugak nanti yg tahu masih ada lagi kewujudan blog ni. (cehh, macam la orang kesah) *sadface.jpg*                                                 
Actually, tinggal lebih kurang sebulan je lagi nak keluar dari matrik. Tak sangka pejam celik pejam celik dah nak habis belajar kat sana. Dekat mana? Dekat matrik yg tercinta iaitu Kolej Matrikulasi Perak. Amboii kau , matrik tercinta you. hahaha. Semestinya , akan ada satu perasaan yg akan terbit jauh di sudut hati tu. Tipulah takde. Eh,,, perasaan apa? CINTA la.. Dah dah dah, SALAH sama sekali ! Perasaan rindu la. Rindu kat sape tu ? :3 hehe.. Ehem,, mohon jangan buat spekulasi yg tak benar. Rindu dekat kawan-kawan dekat sana la. Yelah, sedangkan dah habis sekolah pun still jugak rindu zaman sekolah, ni kan pula bila berpisah dengan kawan yg sama-sama belajar dekat satu kolej. Sama jela kan.


     InsyaAllah, satu hari nanti, walau dimana kita berada, pasti dapat bertemu jugak dengan takdir-Nya. Alahai Ezza ni dah kenapa buat ayat sedih ? #DahKenapa ? haha . alaaa biar la nak melayan perasaan kejap. bukannya selalu. kan kan. Macam la korang tak pernah :P 

     Pape pun, lebih kurang 4 minggu lagi kot tak silap, dah nak final. Uhuk uhuk.. Gatal plak tekak ni. Poyo jer. So, final exam tu rasa je macam lama lagi. rasa je okay rasa je. (oiii jah, achaner kau nak rasa tu? sendiri fikir la. jangan nak lurus sangat. LOL) *Ayat macam cari gaduh. haha. Buat rakan-rakan seperjuanganku, teruskan perjuangan ada dengan jayanya. Jangan mudah putus asa. Dan jangan biarkan diri anda terlalu stress, kelak nanti binasa kan diri. hmm. So, sementara dengan masa yg ada ni, guna lah sebaik-baiknya dengan perkara yg berfaedah.

Before that, ni jadual untuk final exam nanti, tapi untuk PST jela ;


JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEMESTER II, SESI 2013/2014
21 HINGGA 29 APRIL 2014


TARIKH
MASA
ALIRAN
MATA PELAJARAN
KERTAS
KOD
TEMPOH
21 APR 2014
ISNIN
8:35 – 8:55 pg
Taklimat umum oleh Ketua Pengawas.
8:55 – 9:00 pg
Semakan borang OMR.
9:00 – 11:00 pg
Sains
Bahasa Inggeris
Kertas 1
WB023/1
2 Jam
9:00 – 11:00 pg
Akaun
Bahasa Inggeris
Kertas 1
WB023/1
2 Jam
9:00 – 11:00 pg
Teknikal
Bahasa Inggeris
Kertas 1
WB023/1
2 Jam

2:30 – 4:30 ptg
Sains
Sains Komputer
-
SC025
2 Jam

22 APR 2014
SELASA
9:00 – 11:00 pg
Sains
Matematik
Kertas 1
QS025/1
2 Jam
9:00 – 11:00 pg
Akaun
Matematik
Kertas 1
QA026/1
2 Jam
9:00 – 11:00 pg
Teknikal
Matematik
Kertas 1
QS025/1
2 Jam

2:30 – 4:00 ptg
Sains
Bahasa Inggeris
Kertas 2
WB023/2
1½ Jam
2:30 – 4:00 ptg
Akaun
Bahasa Inggeris
Kertas 2
WB023/2
1½ Jam
2:30 – 4:00 ptg
Teknikal
Bahasa Inggeris
Kertas 2
WB023/2
1½ Jam

23 APR 2014
RABU
9:00 – 11:00 pg
Sains
Matematik
Kertas 2
QS025/2
2 Jam
9:00 – 11:00 pg
Akaun
Matematik
Kertas 2
QA026/2
2 Jam
9:00 – 11:00 pg
Teknikal
Matematik
Kertas 2
QS025/2
2 Jam

24 APR 2014
KHAMIS
9:00 – 11:00 pg
Sains
Kimia
Kertas 2
SK026/2
2 Jam
9:00 – 12:00 tgh
Akaun
P. Perniagaan
-
AN025
3 Jam
9:00 – 11:00 pg
Teknikal
Kimia Kejuruteraan
Kertas 2
TK025/2
2 Jam

2:25 – 2:30 ptg
Semakan borang OMR.
2:30 – 3:30 ptg
Sains
Kimia
Kertas 1
SK026/1
1 Jam
2:30 – 3:30 ptg
Teknikal
Kimia Kejuruteraan
Kertas 1
TK025/1
1 Jam


TARIKH
MASA
ALIRAN
MATA PELAJARAN
KERTAS
KOD
TEMPOH
28 APR 2014
ISNIN
9:00 – 11:30 pg
Sains
Biologi
Kertas 2
SB026/2
2½ Jam
9:00 – 12:00 tgh
Akaun
Perakaunan
-
AA025
3 Jam
9:00 – 11:00 pg
Teknikal
Peng. Kejuruteraan Awam
Kertas 2
TA027/2
2 Jam
9:00 – 11:00 pg
Teknikal
Peng. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Kertas 2
TE027/2
2 Jam
9:00 – 11:00 pg
Teknikal
Peng. Kejuruteraan Mekanikal
Kertas 2
TM027/2
2 Jam

2:25 – 2:30 ptg
Semakan borang OMR.
2:30 – 3:30 ptg
Sains
Biologi
Kertas 1
SB026/1
1 Jam
2:30 – 3:30 ptg
Teknikal
Peng. Kejuruteraan Awam
Kertas 1
TA027/1
1 Jam
2:30 – 3:30 ptg
Teknikal
Peng. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Kertas 1
TE027/1
1 Jam
2:30 – 3:30 ptg
Teknikal
Peng. Kejuruteraan Mekanikal
Kertas 1
TM027/1
1 Jam

29 APR 2014
SELASA
8:55 – 9:00 pg
Semakan borang OMR.
9:00 – 11:30 pg
Sains
Fizik
Kertas 2
SF026/2
2½ Jam
9:00 – 12:00 tgh
Akaun
Ekonomi
-
AE025
3 Jam
9:00 – 11:30 pg
Teknikal
Fizik Kejuruteraan
Kertas 2
TF025/2
2½ Jam

2:25 – 2:30 ptg
Semakan borang OMR.
2:30 – 3:30 ptg
Sains
Fizik
Kertas 1
SF026/1
1 Jam
2:30 – 3:45 ptg
Teknikal
Fizik Kejuruteraan
Kertas 1
TF025/1
1¼ Jam
PEPERIKSAAN TAMAT

 Okay dah nampak kan. boleh baca sendiri. Tapi, tarikh balik tak tahu la bila. Sebab ada yg kata hari isnin petang tu dah boleh balik untuk sesiapa yg habis paper hari tu la. Or balik keesokan harinya. And ada plak y kata first May baru boleh balik. So, nak tahu bila boleh balik , tunggu next month la. Exam pun belum lagi dah nak balik xD
     
Dah la, sampai di sini sajer. Jumpa lagi. Sekian. Wassalam :)