AMARAN : ENTRY INI MEMPUNYAI LEBIH DARIPADA 1500 PATAH PERKATAAN. SILA JANGAN TERUSKAN SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA PADA AYAT YG TERLALU BANYAK >_<
Bercakap tentang UPU, confirm adik-adik akak *hakak la sangat dah check kan kan kan. Itu untuk mereka yg ada memohon la. Kalau takde tu, takde la ya. Oh oh sebelum tu, ada sesiapa dapat kat KMPk tak a.k.a matrik perak , hadooo ke tidak?? Yeayy ada. *cakap sorang2, burung2 pun terbang berkicauan, laut pula bergelora seperti biasa -_-" Untuk mereka yg dapat di situ, tahniah saya ucapkan , moga anda dapat membiasakan diri dalam kehidupan belajar di matrik. Takmo sedih2, takmo kecewa ke, takmo takmo.
Okay, seterusnya, untuk mereka yg dapat UPU tu , alhamdulillah, tahniah jugak untuk anda. Apa? Tak dapat apa yg diminati, harap awak dapat terima seadanya. Ya, saya faham macam mana rasanya tak dapat apa yg kita nak. Mungkin itu rezeki awak untuk belajar di situ dalam dunia bidang itu walaupun bukan pilihan awak. Kalau memang pilihan awak, alhamdulillah.
Untuk mereka yg sambung belajar ke Form 6 pun hakakkkk ucapkan tahniah jugak !!! Eh, buang mentaliti yg slalu sangat fikir kalau masuk Form 6 je kena masuk sekolah balik, kena jadi budak skola, dan seumpama dengannya. Jangan nak buat mind set macam tu. Tak elok tak elok dan tak bagus untuk minda anda. Dah apa aku ngarut ni haaa. Pedulikan aje apa orang lain kata terutamanya "suara-suara" yg nak menjatuhkan kita atau memperlekehkan kita. Haaaa, lagi satu siapa cakap STPM senang? Ehhh, jangan salah faham, bukan nak menakutkan okay. Tapi, tu memang kenyataan pun dan ada sebab nya kenapa begitu taw. Dulu, masa akak kat matrik (ehem ehem, untuk entry ni kita berakak adik ea, hahahha) *sopan katanya.. Okay sambung balik ayat tadi, masa akak kat matrik dulu, ada lecturer ni dia cakap budak2 matrik yg dapat 4.0 ibarat 3.5 STPM je.Haaa kau, nampak jauh bezanya kan walaupun 0.1 pun dikira jauh beza jugak tu, inikan pula separuh darinya. Ya, memang la ada jugak yg kata matrik tu pun susah. Susah kalau kau tak dapat nak membiasakan diri. Tapi, sebenarnya akak dulu blaja pun memang adela terasa susahnya. hehe. Adat la kan masa blaja. Tapi, akhhirnya berjaya jugak dapat menamatkan pengajian di matrik tu selama setahun. Yeayy alhamdulillah, begitu juga dengan kawan2 akak yg lain. Ehhh jap, nak kata yg 3.5 tu pun ingat senang2 ke nak dapat. Senang jela kalau kau..... kalau apa? Kalau usaha. Tiada yg mustahil.
Okay, berbalik kepada al-kisah UPU. Nak bagi tahu la. Sebenarnya taknak bagi tahu pun, tapi jari ni mengada nak jugak taip, okay ceritanya begini, untuk mereka yg tak dapat UPU, mohon jangan kecewa yg teramat ibarat inilah penamat hidup kau dan jangan pulak suka2 nak "tamatkan" hidup kau dan juga tolong jangan buat kerja gila meroyan kau yg ntah apa apa ea. (maaf ayat kasar T_T). Eh, ni nak habaq ni, akak ni dulu kan result SPM pun tak gempak mana, subjek sains, tak tahu nak kata apa la kan. Lagi-lagi bila hari dapat result tu kan, terkedu, terdiam seribu bahasa, ter apa lagi ea, ter ter ter la kan. Nangis? YA. Tu air mata yg menggedik keluar. Haha. Tetiba je. Mahu nya tak kecewa kot. Yela, nak2 plak bila tak dapat nak bagi Mak dengan Ayah "hadiah" yg aku inginkan yg boleh buat diaorang bangga. Parents mana je yg tak banggakan kalau anak dia dapat result cemerlang gemilang terbilang gitu. Tapi, walaupun mak dengan ayah kata okay, tak mengecewakan dan pelbagai lagi kata-kata semangat yg sememangnya langsung tak menjatuhkan aku. Serius, terharu, tapi perasaan bersalah tetap ada. Mak pulak sentiasa sangat menyokong anak nya ni :') sampai kan bila give up je , mak la orang pertama yg akan naikkan balik semangat yg hilang tu.
Itu dah macam cerita sedih pasal SPM plak. #kah . Ni nak cakap pasal UPU. Macam insan lain, Ezza pun ada mohon jugak. (ezza plak dah, tadi nak akk sangat..haha..abaikan) Dannnnnnn tibalah hari yg ditunggu oleh mereka seperti diriku ini yg terlampau ingin tahu di mana kah akan ku dapat untuk sambung blaja ke peringkat seterusnya. Tapi, sebelum tu dah tahu dah dapat matrik so tunggu UPU plak. Bila dah sampai masanya mestilah tak sabar nak check. Takut pun ada. Server error ke apa ke, itu normal la kan. Then dah dapat bukak, nak check, isi la apa yg patut. dannnn BOOM.Terpapar la di kaca screen ni keputusannya. Perkataan pertama yg keluar ialah DUKACITA. Ya, apa kau ghasee? Hanya mampu terdiam jela. Tak puas hati, check lagi. Jawapan tetap sama. Buat la sampai 10 kali pun. Jawapan takkan berubah. Yela, kau siapa nak ubah ubah keputusan tu kan kan kan.
Benda pertama yg terlintas masa tu, nak cakap apa kat mak dengan ayah. Dan bila ada mulut-mulut yg bertanya, dapat mana? kos apa? dan pelbagai macam soalan. Apa nak dijawab? Kecewa, ya kecewa sangat sangat. Sedih? Ya, sememangnya sedih, duka, lara. Apa lagi? Nangis air mata darah pun takde guna la. Then, tinggal dapat matrik tu je huh sbb tak dapat Form 6. Maka, teruskan jela ke matrik. Pada mulanya, taknak pun matrik tu. Al-maklum la bila dengar dari mulut2 orang yg berkata pasal matrik yg sememangnya kebanyakannya negatif, memang membuatkan kau bertambah down gila gila. Tapi, bersyukur sangat sangat sebab Mak la yg bagi semangat, pulihkan semangat yg hilang tu. Pujuk lagi tu, terharu wey. Macam-macam yg mak cakap dan sebab itu la Ezza teruskan juga ke matrik. Orang kata sijil matrik tak layak? Sijil pun memang takde. haha xD Lepas blaja tak boleh dapat keja. Ya, memang la kan. Habis blaja, tak boleh blaja jauh2. ermmm diamkan ajela. Habis blaja nanti susah nak sambung pengajian ke mana2 universiti? Itu bohong. Dan macam2 lagi yg mengutuk. Tapi, tu bukan la penamat segala-galanya walaupun time tu Ezza dah macam dah hilang, macam dah takde apa makna dah. Betapa dahsyatnya dia punya kecewa tu.
Oh ya, Ezza memang pernah je mendengar mereka yg suka 'menjatuhkan' kami. Cakap macam-macam. Hati ni sakit dia , memang sakit yg amat. Telinga yg mendengar ni pun macam mendidih semacam je. Lebih2 lagi dari mulut mereka yg kau rapat. Tapi mulut? Apa mampu buat? Hanya mampu membisu seribu bahasa. Sebab kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Betul tak? Tula, ingat ea, walau apa pun yg awak dapat walau di mana pun awak nak sambung blaja dan ada manusia ni mulut dia nak mengutuk ke mencaci ke menghina ke, pedulikan mereka. Asalkan kita tak buat benda yg salah. Sebab apa Ezza cakap macam ni, sebab dah pernah lalui nya. Dan dah faham sangat. Sampaikan kita dah mampu berjaya pun masih lagi wujud manusia sebegitu. Sampai bila mereka akan berkata-kata tentang kita? Sampai kita dah "takde" lagi, baru la mereke diam mungkin.
Jadi, mungkin ni penamatnya untuk cerita kali ni. Hoho. Cuma nak cakap, yg nanti bila dah dapat sambung blaja tu, kebiasaannya orang dah tak peduli dah dengan result SPM kau. Bukan la bermaksud macam sia-sia je ambik SPM. Tak, bukan begitu. Maksudku di sini, result SPM tu ya, penting la kan, ibaratnya seperti penentu mana kau akan pergi selepas ni. Cuma, lepas ni tak boleh nak bangga sangat dengan result tu bila di alam pengajian yg baru ni. Sistem blaja nya mungkin ada lain tapi memang lain pun kan. Sebab ada je yg lulus dengan cemerlangnya, bila dekat U ke matrik ke, apa apa jela, terus menurun. Sebab apa? Sebab mungkin sudah berada di zon selesa. Ingat ya, suasana blaja akan totally different. Bukan macam zaman persekolahan tu ea. Sebab itu la realitinya apa yg Ezza nampak masa kat matrik dulu la. Dan yg penting, siapa kata kalau result tak bagus tak boleh pergi jauh? Eh sebentar, nak quote ayat kat twitter :
Jgn ingat result kau tak bagus kau tak boleh pergi jauh. Plan Allah siapa yang tahu. It's all about rezeki, insyaAllah just jgn give up.Ingat pesanan tu baik2 dengan sebaik baik yg mungkin. Dan sememangnya, anda mampu mengubahnya. Ezza dulu pun bermula dari bawah. Tapi, alhamdulillah, masa kat matrik dulu, walaupun pada mulanya result memang cukup2 makan je kan, tapi itu bukan alasan untuk terus ke bawah. Dan alhamdulillah, hasil usaha, walaupun secara perlahan-lahan, bayangkan la ibarat kau tiada apa apa dan dari hasil titik peluh kau tu, kau dapat hasil nya. Hasil yg memuaskan. Itu la namanya nikmat. So, siapa yg tak mampu berjaya walaupun bermula dari bawah? Tak semestinya mereka yg slalu di atas akan terus di atas dan yg bawah akan tetap di bawah. Tidak sama sekali. Ehh, ni bukan nak cakap yg result Ezza tu gempak sangat2 la kan. Tapi, yg penting melepasi target walaupun bukannya 4.0. Dan seterusnya, itu sajalah setakat ni. Lain kali membebel lagi ea. Haha
Sebagai penamat bicara , TAHNIAH untuk
awak awak awak sekalian walau di mana saja anda dapat.
SEKIAN, WASSALAM
Tweet