Tuesday 15 October 2013

PREPARATION FOR PSPM 1 . WISH ME LUCK









Hi ! Apa khabar semua? Sihat? Tak? Yang sihat, alhamdulillah. Yang tak tu, pi jumpa doctor cepat. Tak pun, pi berehat ya. Takmo online hadap laptop ke phone ke apa-apa jela lama-lama. Hehe..

Okay, now straight to our main point here. *ceh, takde kena mengenanya pun
Cer baca balik tajuk entry pada hari ni. Dah baca dah, takpe baca lagi skali.. Okay, dah kan. Cukup. xD
Perghhh,,, title tu nak gempak ajer kan. Haha. *mohon jangan bash :P

Sebenarnya, mesti ada yg tertanya tanya kan, apa kebenda nya lah PSPM tu kan. Betul tak? Apa , dah tahu? K, senyap-senyap sudah. Kalau nak tahu, yg PSPM tu maksudnya Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Paham dop? Alhamdulillah kalau faham ya :) Eh , Matrikulasi ? Yupe ! Matrikulasi la awak. Kita study kat matrikulasi. *saja je nak bagi tahu* -.-

Next, exam nak dekat dah. So, apa preparation Ezza untuk hadapi exam yg tak lama lagi ni ? Hhhmmm, macam takde je. Tapi, yg pasti study itu semestinya lah kan. Ni pun baru study sikit. Tak tahu la brape jumlah sikitnya tu. heee Eh, sekurang-kurangnya ada la jugak bukak buku taw. Bukan bawak balik rumah, tapi tak study langsung. Btw, minggu depan, 22/10/2013 = Tuesday = 7.30 a.m. Ada apa agaknya ya dengan tarikh tu ? Kalau awak , awak , awak , awak , awak , awak , awak , awak sekalian nak tahu, time tu Ezza ada speaking test for MUET :o wuuuuu~ takutnya. Serious tak tipu. Ezza takut sebab takut nanti nak berspeaking tu, habis berterabur semuanya dan lagi satu Ezza bukannya satu group dengan satu class Ezza, tapi dengan kelas lain puncanya sebab dalam kelas nama Ezza yg first so lain2 dapat la satu group dengan kawan sendiri. T_T Tapi, its okay la kan. Sekurangnya Ezza kenal orang tu. Kalau dah tiap-taip hari jumpa time lecture, diaorang duduk depan baris kelas Ezza, so apela sangat kan. Dapat kelas yg tak dikenali lagi susah sebab tak kenal. InsyaAllah, Ezza boleh buat yg terbaik. Aamiin. Doakan Ezza taw :)) 
Selesai sudah pasal speaking tu, malas nak citer lebih2. hehe



So, bila start exam yg sebenar?
Itu dah start la awak. Heee.. Tapi hari jumaat dalam minggu tu jugak start. Hari Jumaat tu, exam MATH dengan BI. Then, akan habis pada hari Jumaat minggu depannya and time tu exam Science Computer. Nak lebih lengkap, tengok kat bawah ni ;



*gambar ni dapat dekat group*

Dah jelas kan semuanya. Jadi, mulai sekarang ni dah kena mula bukak buku walaupun sepatutnya dari awal lagi. Tapi walaupun tinggal kurang dari 2 minggu, takpe, masih ada masa lagi untuk belajar. Jangan esok nak exam baru bukak buku. No no no no. Kesian kat otak tu nanti, semuanya kena sumbat dalam satu masa. *pesanan untuk diri sendiri jugak. 
Jadi, di sini Ezza ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf andai Ezza ada terkasar bahasa, tersilap bicara, ter ter ter sengaja atau tidak, mohon ampun dan maaf sesangat taw taw. Mungkin kalau ada silap tu Ezza tak sedar ke. Maaf skali lagi ya. Apapun, wish me luck for PSPM 1 ni. Setiap doa anda itu amat Ezza hargai :') InsyaAllah 4 flat ! Allahuma Aamiin :') dan tak lupa jugak kepada student yg lain yg ada exam jugak. Good Luck semua :D




-WASSALAM-





Monday 14 October 2013

SALAM AIDILADHA =)








Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


-WASSALAM-






Sunday 13 October 2013

Random Quotes On Sunday