Sunday 31 March 2013

Ujian itu Tarbiyah, Sabar itu Indah



Alhamdulillah , saya masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH ini. Menjadi salah satu makhluk-NYA yang dikelilingi dengan pelbagai nikmat. Dan nikmat yang terbesar adalah nikmat Iman dan Islam.


Pertamanya , kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud 
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

Mengapa kita diuji? 
Firman Allah s.w.t :
 “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”  (Surah Al-Mulk : Ayat 2)

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat 30)

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang-orang yang sabar menghadapi ujianNya.  
FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.”  (Surah Aali Imran : Ayat 146)

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)


MEMANG


memang sabar itu tak mudah
terlebih lagi saat hati sedang remuk redam
terluka, terguris. terusik.
tapi memang saat itulah sabar harus diaplikasi.
sabar memang sinonim dengan duka, luka, kecewa.
saat tawa dan canda, sabar mungkin tak beerti.

mengakui beriman?

maka kerana itulah sekarang kamu diuji.

maka, bersabarlah,
walau hanya dengan separuh jiwa yang tersisa.
kesat air mata.
Allah ada.



saat bila tiba-tiba kita akhirnya menangis.
sebab perkara remeh temeh.
hal-hal kecik.
setelah lama mata kita kering.


barulah akhirnya kita tersedar,

kita rupanya belum cukup kuat.
hati masih rapuh,
ada ruang, ada lompong, ada kosong.
ada jarak,


dengan Tuhan.

kita alpa, kita lalai. kita lupa, kita leka.
DIA datang, DIA tunjuk.
perkara-perkara besar sudah membuat kita BUTA,
maka datang perkara-perkara kecil membuat kita terJAGA.



berhentilah mempersoal takdir Tuhan.
kau tak akan menemukan jawapan dengan cara itu!


belajarlah menerima ketentuan-NYA,
dari sana,
mungkin kau bertemu ‘jawapan’ yang kau cari.


-WASSALAM-







Monday 25 March 2013

Redha Allah Di Atas Redha Ibu Bapa


Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah , Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah , dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam keatas baginda s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk , maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah , maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.
Keredhaan Allah atau Mardhotillah adalah sesuatu yang diharapkan oleh sekalian hamba Allah yang beriman. Setiap amalan yang kita lakukan hendaklah dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah kerana tiada apa lagi ganjaran yang lebih tinggi melainkan redha Allah s.w.t ke atas kita semua. Dengan redha Allah barulah kita mendapat bantuan , pertolongan dan ganjaran dari Nya. Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita.
Mencari keredhaan ibu bapa tampak seperti perkara kecil bagi muda-mudi Islam di zaman moden ini. Ada dari kita yang tidak menjaga adab dengan ibu bapa , ada yang menganggap ibu bapa seperti rakan sebaya malah ada dari kita yang sanggup membentak dan menderhaka kepada kedua-dua insan yang membesarkan kita dengan penuh susah dan payah. Mengundang kemarahan ibu bapa sama ertinya dengan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya.  
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanyabererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)
Kemarahan ibu bapa kadang kala tidak terlihat di raut wajah mereka. Kita sama sekali tidak tahu mereka berkecil hati terhadap perilaku kita. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan bagi kita semua untuk menjaga adab dan tingkah laku kita sebagai seorang anak setiap masa sebagaimana 
firman Allah s.w.t :
"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

Cuba kita merenung kembali saat mereka membesarkan kita. Ketika itu kita hanyalah seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Tiada kekuatan dan tiada daya dan upaya tanpa pertolongan mereka. Bayangkan saat kita semua menangis ditengah malam, mereka bersengkang mata mendodoi dan menidurkan kita.
Tiada istilah tidur nyenyak bagi mereka demi untuk memastikan kita tidur dengan baik. Adakah kita semua lupa saat itu?. Fikirkan kembali bagaimana mereka memberikan kita makan, tempat tinggal, pelajaran, duit dan segala macam kesenangan untuk membesarkan kita hingga kita menjadi diri kita sekarang ini. Fikirkah kita semua itu?
Sekarang , saat kita membesar dan mempunyai kekuatan , daya dan kesenangan , mudah bagi kita melupakan jasa kedua ibu bapa. Sedangkan suatu masa dahulu kita hanya tahu menangis dan meminta. Ketika mereka tidak lagi berdaya , tubuh sudah lemah , rambut dipenuhi uban dan mata mulai kabur , mungkinkah bagi kita menjaga mereka sama seperti mereka menjaga kita sewaktu kita kecil?
Fikirlah sejenak wahai diriku dan saudaraku sekalian. Ada benarnya pepatah mengatakan bahawa seorang ibu dan bapa boleh menjaga sepuluh orang anak dalam suatu masa namun sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu dan bapa. Itulah hakikat pahit yang perlu ditelan.
Lihatlah wajah mereka, curahkanlah segala kasih sayang buat ibu dan bapa. Sesungguhnya mengasihi mereka membuahkan kemaafan dan keampunan dari Allah terhadap dosa kita. Ketika Abu Musa dan Abu Amir sampai ke Madinah dan berbai'ah kepada Rasulullah, maka Rasulullah bertanyakan keadaan isteri mereka ketika ditinggalkan. Mereka menjawab "Isteri saya tinggal bersama orang tuanya dan berbakti kepadanya" Rasulullah s.a.w berkata "Dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah s.w.t" Mereka bertanya kepada Rasulullah "Kenapa ya Rasulullah?." Baginda menjawab "Kerana dia berbakti kepada orang tuanya".
Hargailah ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada. Selagi mereka masih disisi kita, itu adalah anugerah Allah dan wajiblah kita menjaga mereka sebaik mungkin. Tanpa ibu dan bapa siapalah kita. Ucapkanlah kata sayang, tautkanlah bibit cinta dan rantaikanlah dengan rantaian kasih bersama mereka. Moga redha Allah bersama dengan kita kerana redhanya ibu bapa terhadap kita. InsyaAllah.





Wednesday 20 March 2013

TOMORROW IS THE DAY ! ! !

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


" Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Ezza Eliza Binti Norhandee , angka giliran BJ013A005 mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2012. Aamiin. :') "


Hari demi hari , detik demi detik , akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar lepasan SPM 2012 *ehem , pembetulan , hari yang paling mendebar-debarkan jiwa dan raga dan segala macam perasaan dalam diri* iaitu ESOK , hari untuk mengambil RESULT SPM 2012. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



Yeah result , bukan pergi ambil gaji ke apa ke. #EH , terlebih sudah. Andddddddddd yeah TOMORROW IS THE DAY and i was like :

 
*comel kan kucing ni* hehe

Okay , berbalik kepada asal. Ya , semasa jari-jemari ku ini begitu lancar sekali menekan button-button keyboard ini , saya memang tengah berdebar-debar yang amat bak gunung berapi yang ingin mengeluarkan lavanya.. <)------ ini semua poyo.. (dah tahu berdebar-debar + seram sejuk tu , takyah lah dok gatal nak online) :| mengata diri sendiri pulak dah. . . 

Walau apa pun keputusan yang kita dapat , kita terpaksa redha juga. Bukan terpaksa , tapi memang kena redha dengan apa yang kita dapat :') Tapi , saya cuma bimbang andai apa yang saya dapat tak seperti yang saya harapkan. Nanti saya kecewa yang amat sangat sangat sangat. InsyaAllah , mudah-mudahan saya dapatlah keputusan yang cemerlang. Aamiin :') Please pray for me and my other friends yang bakal ambil result SPM tomorrow. Thank you so much :)

Nanti kan , bila dapat keputusan mesti macam ni kot bila ada orang tanya dapat berapa ;


"Errrrrr , aku aku aku dapat..............."
Tak pun macam ni pun ada :
"Alaaaaa , malu la nak bagi tahu......"

Nanti , mula lah ada yang pujuk :


"Takpe , kau dah cuba yang terbaik"


Eh , rasa macam dah banyak mengarut pulak ni -___-" Maafkan saya ya.. Haish memandai je aku ni buat andaian macam-macam.. Oh ya , tiba-tiba rasa nak nangis pulak (alaaa mengada lah , belum dapat result lagi) Haish biarlah aku nak nangis ke , nak melalak ke , nak mengamuk ke. <)----- bermonolog sebentar. Mohon jangan marah. 
Walau apa pun , kita kena perbanyakkan berdoa dan tak salah untuk kita berdoa dan terus berdoa kerana Allah Maha Mendengar. Teruskan berdoa untuk yang terbaik buat diri kita. Moga apa yang kita hajati termakbul , insyaAllah. :')

Mesti ada juga mulut-mulut yang akan berkata-kata yang bukan yang boleh menjatuhkan semangat kita macam , "Alaaa , dulu sebelum exam kau main-main , jangan haraplah nak dapat straight A's" atau seangkatan dengannya  dan kita sudah tentu rasa macam ni kan ;

*geram sangattttttttttt*

Awak tak patut cakap macam tu , mana tahu dia sanggup berjaga tengah malam sampai ke pagi tak tidur semata-mata nak baca buku ke. Kita tak tahu. Tapi , Allah tahu :) Jadi , kepada sesiapa yang rasa kurang yakin diri , jangan bersedih , berdoa banyak-banyak dan kalau nak buat solat hajat pun boleh juga :') #NoteToSelf Esok , bila nak ambil result , mulalah dengan kaki kanan , sebelum tu kalau sesiapa yang pergi sendiri , minta restu mak dan ayah. Oh ya , disini saya sertakan doa-doa yang awak boleh baca untuk esok sebelum ambil result. Ini saya sekadar share saja dari seseorang :))

Doa sebelum ambil result :
  • 1. Al-Fatihah
  • 2. Ayat kursi
  • 3. Al-Ikhlas 7x
  • 4. Al-Alaq 3x
  • 5. An-Nas 3x


Kemudian berdoalah dengan nama ALLAh dengan rendah diri dan mintalah kejayaan sebagai muslim . selepas tu masa nak pergi sekolah , mulakan dengan kaki kanan . INSYAALLAH kejayaan milik kita semua dengan keizinan Allah SWT. Aamiin!! ~


[ Maaf andai ada terkasar bahasa , tersalah kata atau apa-apa saja lah , harap dimaafkan ]

Sekian , pelajar lepasan SPM 2012


-WASSALAM-